Penghantaran & COD

Kawasan Penghantaran

Aurevia menghantar ke seluruh Malaysia — Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Buat masa ini kami tidak menghantar ke luar negara.

Kos Penghantaran

Penghantaran adalah PERCUMA untuk semua pakej, ke seluruh Malaysia. Tiada caj tersembunyi. Harga yang anda nampak di halaman pakej adalah harga akhir.

Tempoh Penghantaran

KawasanAnggaran
Semenanjung Malaysia2–4 hari bekerja
Sabah & Sarawak3–6 hari bekerja

Tempoh dikira selepas pesanan disahkan, bukan dari waktu anda buat pesanan.

Pesanan yang diterima selepas 3.00 petang atau pada hujung minggu / cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Waktu puncak (jualan besar, musim perayaan) mungkin mengambil masa lebih lama. Kami akan maklumkan melalui WhatsApp jika ada kelewatan.

Rakan Kurier

Pesanan dihantar menggunakan Ninja Van.

Penjejakan (Tracking)

Nombor penjejakan akan dihantar kepada anda melalui WhatsApp sebaik sahaja parcel diambil oleh kurier. Sila pastikan nombor telefon yang anda isi semasa checkout adalah nombor yang boleh dihubungi.

Bayaran Semasa Terima (COD)

COD tersedia di kawasan terpilih sahaja. Pilihan COD akan dipaparkan semasa checkout jika kawasan anda layak. Anda juga boleh sahkan dengan CS kami melalui WhatsApp sebelum membuat pesanan.

Bagi pesanan COD:

  • Sila sediakan jumlah tunai yang tepat kepada kurier.
  • Kurier akan menghubungi anda sebelum penghantaran. Sila pastikan telefon anda boleh dihubungi.
  • Jika parcel gagal dihantar selepas percubaan ketiga kerana penerima tidak dapat dihubungi, parcel akan dipulangkan kepada kami dan pesanan dibatalkan.

Alamat Yang Tidak Lengkap

Kami menghantar ke alamat tepat seperti yang anda isi semasa checkout. Kami tidak bertanggungjawab atas kelewatan atau kehilangan akibat alamat yang salah atau tidak lengkap.

Jika anda tersilap isi alamat, WhatsApp kami dalam masa 2 jam selepas membuat pesanan. Selepas parcel diserahkan kepada kurier, alamat tidak boleh diubah.

Parcel Rosak atau Hilang

Jika parcel anda sampai dalam keadaan rosak, atau tidak sampai dalam tempoh yang dinyatakan:

  1. WhatsApp kami di 011-3092 7989 dalam masa 3 hari selepas tarikh penghantaran dijangka.
  2. Sertakan nombor pesanan dan gambar (jika parcel rosak).

Kami akan siasat dengan pihak kurier dan menghantar semula atau memulangkan wang anda.

Hubungi Kami

WhatsApp: 011-3092 7989 Email: support@aurevia-nmn.com Waktu operasi: Isnin–Jumaat, 9.00 pagi – 6.00 petang